Press Statement
Naib Ketua Pemuda Cawagan Lebuh Pantai , Rich Too berasa amat kecewa atas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Lebuh Pantai, Fahami Ashrof. Kenyataan Fahami Ashrof dalam suratkhabar merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan semangat Barisan Nasional.
Rich Too berkata, “Setahu saya, Fahami Ashrof tidak pernah menghadiri mesyuarat Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang.”
Beliau juga berkata bahawa, semua pemuda komponent parti Barisan Nasional telah bersetuju dan dapat persefahaman menyokong Saudara Oh Tong Keong sebagai Ketua Pemuda Barisan Nasional. Semua Pemuda Komponent Parti Barisan Nasional juga bersiap sedia dan bekerjasama membantu BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang.
“Jika Fahami Ashrof tidak faham atau keliru dengan arah Pemuda BN, dia patut menggunakan saluran yang betul iaitu bertanya Ketua Pemuda UMNO, Shaik Hussein Mydin. Saya juga bercadang Pemuda Gerakan Bahagian Tanjong melarang Fahami Ashrof ke semua program-program dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Gerakan Bahagian Tanjong. Pemuda UMNO Pulau Pinang juga perlu mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap Fahami Ashrof kerana kenyataannya melanggar semangat BN.“
Rich Too juga menasihati semua ahli komponent Parti BN supaya jangan dipengaruhi oleh bohong PR terutamanya DAP di Pulau Pinang. “Jangan masuk perangkap PR, mereka takut satu BN yang bekerjasama, bersepadu dan sentiasa berkhidmat untuk rakyat. “ cakap beliau.
Rich Too
Naib Ketua Pemuda Gerakan
Cawangan Lbh. Pantai, Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.