
Konspirasi LGE terhadap isu Pulau Jerejak
Kerajaan Lim Guan Eng menuduh dan memfitnah Tan Sri Koh Tsu Koon dan kerajaan BN dengan pelbagai pembohongan dan fakta-fakta yang palsu yang bertujuan untuk menutup kegagalan serta kelemahan mereka atas dasar pembangunan Pulau Pinang. Tambahan pula, ketidakmampuan exco pembangunan perlancongan Law Heng Kiang, yang telah gagal dalam membangunkan mahupun mengekalkan sektor pelancongan Pulau Pinang seperti yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sebelumnya.
Kebenaran adalah seperti berikut :
1. Tropical Island Resort (TIR) adalah projek kerajaan pusat sepenuhnya dan Penang Development Corporation (PDC) adalah milik kerajaan negeri Pulau Pinang. Projek Pulau Jerejak tidak melibatkan sebarang kepentingan peribadi.
2. LGE sebagai pemegang ijazah dalam Ekonomi dari Universiti Monash, Australia dan telah diiktiraf sebagai akauntan profesional yang berkelayakan. Namun, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh beliau mengenai Skandal Pulau Jerejak pada 13 Januari 2011, beliau mengklasifikasikan akaun tunggakan (Arrears),pinjaman (Loan) dan pelaburan (Investment) sebagai kerugian (Loss).
3. Cadangan pada tahun 2009 mewartakan 295 hektar hutan Pulau Jerejak sebagai kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) masih tertangguh hingga ke hari ini.
4. Dengan status Pulau Jerejak diiktiraf sebagai kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), kerajaan Pulau Pinang boleh memohon peruntukan untuk membangunkan Pulau Jerejak. Persoalan yang timbul adalah mengapa Kerajaan LGE tidak meneruskan menghantar permohonan cadangan tersebut.
5. Dalam risalah Visit Penang 2010-2012, tidak terdapat sebarang maklumat tentang Pulau Jerejak dan sebarang promosi untuk Pulau Jerejak. Ini telah membuktikan Pulau Jerejak telah dipinggirkan oleh Kerajaan Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi pelancongan.
6. LGE memaklum kepada rakyat bahawa kerajaan negeri tidak dapat bersuara kerana hanya memiliki 49% dalam projek Pulau Jerejak tetapi sebaliknya beliau lantang bersuara terhadap isu-isu yang tidak melibatkan milikan peratusan (percentage) seperti projek jambatan kedua Pulau Pinang dan kereta kabel Bukit Bendera.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.